Sabtu, 11 Juli 2015

Menegur

  

     
        Tidak sedikit hubungan silaturrahim yang terputus hanya karena persoalan yang dianggap sepele tetapi dapat berakibat fatal, hal ini banyak sekali terjadi yang diakibatkan karena orang yang tidak paham tentang cara menegur teman atau bawahan dengan cara yang baik, sehingga mereka terkesan mengejek, menghina ataupun menggurui rekan atau bawahan yang keliru. Dalam islam telah diajarkan kepada kita cara menegur yang baik.

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).

             Sudah tidak diragukan lagi dalam perkara syariat islam kita semestinya harus saling menegur, mungkin sudah jelas dari berbagai refensi kita sudah mengetahuinya. Kemudian harusnya kita juga menggunakan cara menegur ini dalam hal perkara bergaul dalam dunia kerja, disinilah sebenarnya titik penekanan yang ingin kita kaitkan, menegur teman yang salah dalam hal perkara ibadah harusnya sama dalam hal bentuk kekeliriuan lainnya, seperti kesalahan saat bekerja atau melakukan hal lain yang tentunya masih bisa di tolerir.

berikut cara menegur yang sebaik-baiknya dikutip dari http://www.ustaznoramin.com/

Pendapat saya cara untuk menegur orang yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ialah :

Gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menegur pelaku bahawa perbuatannya itu salah dan         melanggar peraturan Islam. Boleh gunakan TV atau Radio untuk memasang CD atau kaset ceramah yang berkaitan dengan pemakaian tudung atau tutup aurat apabila dia datang ke rumah. Dalam cara tidak langsung, pelaku tersebut dengar dan dia akan rasa sendiri akan perbuatannya itu. Cara ini tanpa perlu ditegur, dan tidak memerlukan modal percakapan dan hanya bermodalkan bil elektrik dan modal CD atau kased ceramah sahaja.

Gunakan perkataan-perkataan hikmah dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang menguris hati pelaku,, seperti bawa dia berbincang baik-baik di tempat yang tiada orang, kerana bila melakukan teguran dihadapan orang ramai, maka secara tidak langsung kita telah menjatuhkan air mukanya dihadapan orang.

Gunakan perkataan-perkataan sindiran yang tidak menyinggungnya atau tidak mengaibkannya, seperti contoh saya berikan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Hasan dan Hussin menegur seorang tua yang mengambil air sembahyang secara cincai dan sekadar melepaskan kewajipan berwuduk sahaja dengan cara : “Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu, boleh pakcik lihat kami mengambil air sembahyang, jika salah pak cik tegur kami” (Teks ini digambarkan dari saya sahaja untuk menyedapkan lagi cerita ).

Tegur dengan menggunakan orang tengah yang dekat dengannya, supaya segala teguran yang disampaikan melalui orang tengah dapat diterimanya dengan baik dan hati yang terbuka.

Tegur dengan menggunakan surat, SMS atau sebagainya. Teks mestilah didahulukan dengan perkataan maaf,perkataan-perkataan yang lembut dan menyatakan apa tujuan kita menulis surat atau SMS ini, supaya tidak berlakunya salah faham antara pelaku dan kita.
Memulakan dengan pujian untuk mengelakkan pelaku terasa. "Semua dah cantik. Baju cantik, tudung cantik. Tapi kan kalau awak labuhkan sikit tudung tu laaaaaggiiiii cantik!"

mari selalu menjalin hubungan baik dengan teman dan bawahan kita dengan selalu menjaga lisan kita, saling menegur dengan cara yang baik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar